CARILAH
TEMAN YANG MENGAJAKMU KE SYURGA DAN BUKANNYA YANG MENGAJAK MU KE NERAKA.
Assalamualaikum
kepada pembaca-pembaca saya yang setia. Hari ini saya tepanggil untuk menulis
satu artikal yang berkaitan dengan persahabatan. Allah mencipta semua makhluk di
bumi ini berpasang-pasangan termasuk manusia. Manusia tidak akan mampu untuk
hidup berseorangan dan tidak mampu untuk lari daripada berkawan kerana berkawan
itu adalah fitrah bagi manusia. Walau bagaimanapun, kita perlulah berhati-hati
dalam memilih sahabat sepertimana Firman Allah dalam Surah Az-Zukhruf: 67,
"Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya
menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa"
Maka
,berhati-hatilah dalam memilih teman dan
sahabat kerana mungkin mereka akan menjadi penyebab kita untuk lambat ke syurga
atau terjerumus ke neraka.
Teman
yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya kamu teringat akan Allah,
mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat akan mati. Begitulah Islam
umpamakan seorang sahabat yang baik. Dalam Islam, faktor untuk memilih
kawan dan sahabat sangat
dititikberatkan. Hubungan persahabatan
adalah hubungan yang sangat mulia dan dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya kerana
sahabat berperanan untuk membentuk personaliti sahabatnya yang lain. Jika
sahabat kita seorang yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan segala
laranganNya, maka lama kelamaan kita akan terpengaruh dengan segala tindak
tanduknya dan turut menjadi seorang
hamba yang taat. Peranan seorang sahabat sangat penting kerana mereka memberi
pengaruh yang besar kepada sahabat-sahabatnya yang lain, kerana itulah perlunya
kita untuk mencari seorang sahabat yang baik dan mampu untuk kita contohi
akhlaknya.
Pepatah
Arab ada mengatakan , ‘Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan
menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan penjual besi, kita
akan menerima tempias percikan apinya.’ Jelas pepatah ini menunjukkan bahawa
seseorang yang mempunyai akhlak yang baik akan memberi banyak keuntungan kepada
sahabatnya yang lain dan dapat mempengaruhi mereka untuk turut berakhlak mulia.
Manakala seseorang yang mempunyai akhlak yang buruk pula hanya akan
mendatangkan banyak kesan yang negatif kepada sahabat-sahabatnya yang lain.
Kadang kala, mereka terpaksa bersabar dan bertahan dengan sikap buruk sahabat mereka
yang buruk itu atau mungkin mereka akan turut terpengaruh untuk bersikap buruk
kerana pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, kita hendaklah bergaul dengan
orang-orang yang beradab dan berbudi mulia yang kita dapat mengutip manfaat
daripadanya.
Apakah
contoh atau ciri-ciri sahabat yang baik?? Ada seorang bijak berpesan kepada
anaknya, sekiranya engkau mahu mencari seorang sahabat, perlulah mencari
sahabat yang sifatnya seperti berikut :
Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan
melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik
persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya
dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan
menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan
menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan
kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan
kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan;
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk
dan maksiat;
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika
memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan
kita.
Walau
bagaimanapun, bukanlah saya bermaksud untuk kita tinggalkan dan biarkan
sahabat-sahabat kita yang telah lari jauh daripada Allah seperti tidak solat ,
tidak puasa , tidak mengormati ibu bapa dan sebagainya. Sememangnya bersahabat
dengan orang yang baik akhlaknya dan taat kepada perintah Allah adalah wajib
dan perlu bagi kita untuk terus beristiqamah dalam melakukan kebaikan, tetapi
pada masa yang sama , kita juga perlulah membantu sahabat-sahabat kita yang
telah jauh tersimpang untuk mereka keluar daripada kejahilan mereka dan kembali
kepada jalan yang lurus. Mungkin tidak semua sahabat-sahabat kita suka untuk
menerima teguran secara direct, tetapi sedikit sebanyak apabila kita
menunjukkan contoh dan akhlak yang baik
kepada mereka, mungkin Allah akan menggerakkan hati mereka untuk berubah kearah
kebaikan. Jangan pula kita yang terikut
dengan sikap buruk mereka.
Kesimpulannya
, sahabat yang baik adalah seseorang
yang selalu mengingatkan kita apabila kita dalam keadaan yang alpa dan sentiasa
bersedia untuk membantu kita apabila kita mengalami kesusahan. Bukan sahaja
kita perlu untuk mencari sahabat yang baik dan soleh, tetapi juga kita perlulah
menjadi seorang sahabat yang baik dan soleh kepada orang lain. Apabila bersahabat,
sememangnya lumrah untuk kita kadang kala terasa antara satu sama lain, tetapi
janganlah kerana masalah yang kecil menyebabkan hubungan sesebuah persahabatan
itu menjadi goyah. Selesaikanlah masalah yang timbul dengan penuh hikmah dan meminta maaf adalah
sesuatu yang mampu untuk melembutkan hati sahabat yang lain apabila sedang
bertelagah. Bukanlah dengan meminta maaf itu bermaksud kita yang bersalah,
tetapi untuk merapatkan semula ukhuwah yang renggang. Bersahabat bukan sahaja
untuk didunia tetapi juga hingga ke akhirat.
Saya
akhiri penulisan saya dengan perkongsian sebuah hadith dari Abu Said
al-Khudri ra, dalam
hadis yang panjang, Rasulullah s.a.w
bersabda tentang syafaat bersahabat dengan orang yang soleh di hari kiamat,
‘Setelah
orang-orang mukmin itu dibebaskan daripada neraka, demi Allah, Dzat yang jiwaku
berada di tangan-Nya, sungguh kalian begitu gigih dalam memohon kepada Allah
untuk memperjuangkan hak untuk saudara-saudaranya yang berada di dalam neraka
pada hari kiamat. Mereka memohon kepada Allah : Wahai Tuhan kami, mereka itu
(yang tinggal di neraka) pernah berpuasa bersama kami, shalat, dan juga haji.
Dijawab:
”Keluarkan (dari neraka) orang-orang yang kalian kenal.” Hingga wajah mereka
diharamkan untuk dibakar oleh api neraka.
Para
mukminin ini pun mengeluarkan banyak saudaranya yang telah dibakar di neraka,
ada yang dibakar sampai betisnya dan ada yang sampai lututnya.
Kemudian
orang mukmin itu memberitahu kepada Allah,”Ya Tuhan kami, orang yang Engkau
perintahkan untuk dikeluarkan daripada neraka, sudah tiada lagi.”
Allah
berfirman,”Kembali lagi,
keluarkanlah yang masih memiliki iman seberat dinar.”
Maka
dikeluarkanlah oleh orang mukmin tadi ramai orang yang disiksa di neraka.
Kemudian mereka membritahu kepada Allah, ”Wahai Tuhan kami, kami tidak
meninggalkan seorangpun orang yang Engkau perintahkan untuk dikeluarkan…” (HR.
Muslim no. 183).
-Raja Ameera-
Fakulti Perakaunan,
UiTM Selangor kampus Puncak ALam