21 April 2017

Bismillah.


HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA


Firman Allah S.W.T:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثَا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ


Maka adakah kamu menyangka bahawa Kami Mencipta kamu secara main-main dan bahawa kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-Mukminun; 115)

Seringkali kita menyangka bahawa kehidupan di dunia ini tanpa tujuan, tanpa matlamat, tanpa kehendak dan hikmah dariNya.


Dan kita tidak sedar ataupun seringkali terlupa bahawa kita akan dikembalikan kepadaNya dan segala yang kita lakukan di dunia ini akan dipersoalkan kelak.




Hakikatnya...


manusia diciptakan untuk,


beribadah kepadaNya,
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepadaku” (Adz-Dzaariyaat ayat 56)



menjadi khalifah,

وَ إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّيْ جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيْفَةً
Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. (Al-Baqarah; 30)




amar makruf nahi munkar. mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”. (Ali Imran; 110)


Adakah kita sudah bersedia untuk dikembalikan kepadaNya ?



#samasamaMuhasabah
#mogaAllahRedha



13 April 2017


Al-Kahfi pada hari Jumaat ?

fb & ig : ayesyart


Hadits pertama:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ فِيمَا بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْبَيْتِ الْعَتِيقِ

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471)


Hadits kedua:
مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْكَهْفِ فِى يَوْمِ الْجُمُعَةِ أَضَاءَ لَهُ مِنَ النُّورِ مَا بَيْنَ الْجُمُعَتَيْنِ

Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada hari Jum’at, dia akan disinari cahaya di antara dua Jum’at.” (HR. An Nasa’i dan Baihaqi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6470)


Jom Kahfi ! 

Sollu 'alan Nabiy ! 

#JumuahMubarakah

7 April 2017

Puisi : Mujahadah Hijrah....


Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang

Hijrah...

Memang hebat ceritanya...
boleh membuat manusia...
yang dahulunya biasa-biasa jadi luar biasa...

Betul hidayah itu milik Allah...
Tapi betul juga hidayah tidak datang bergolek....

Sahabat, aku hulur tangan....
Buat kamu kuat andai kamu tidak mampu berjuang sendiri....
kerana

"sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara....."

(Al-Hujurat; 10)


Allah itu dekat bahkan terlalu dekat....

Nak tengok kuasanya Allah...
Tengoklah bagaimana...
Allah mengubah perihal hati dengan sekelip mata....

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat 
Tuhan yang kamu hendak dustakan?" 
(Ar - Rahman, 55:13) 

Allah itu Mendengar setiap cerita hambanya...
Allah itu setia menanti hambanya berlari pulang kepadaNYA...
Jom kita sama-sama.....
jangan berhenti ya, sehingga kaki menjejak ke syurga....


"وهومعكم أين ما كنتم"

(Dan ia tetap bersama kamu walau di mana kamu berada, 
Al-Hadid, 57:4)


"Mujahadah hijrah itu perit jalannya....
aku hulur tangan supaya kita sama-sama kuat...."



PerinduTasbih
Sekretariat Biro Dakwah & Penerangan, PRM 
UiTM Selangor kampus Puncak Alam