10 November 2015

Daie Yang Hilang



 Hati ini tidak tenang. Tidak tahu kenapa.

 Langit biru sahaja hari ni. Dedaun pun hijau sahaja. Normal lagi.

Ku lihat orang sebelah dengan pakaian ketat dikenakan dan kaki yang tak ditutup sepenuhnya, hanya sekadar stokin kaki berwarna warni yang (konon) di”fix”kan dengan sport shoes. “Dia ni tak tahu malu ke. Tayang tubuh pada ajnabi, terdedah di situ dan di sini.”

Bahu disapa dari belakang; my classmate.”Sarah, kenapa kamu sebegini? Dahulu ku anggapmu seorang daie yang kental jiwanya setelah ku ajakmu berkali-kali beriangan dalam tarbiyyah.Tapi sekarang di manakah pakaian mu yang menonjolkan peribadimu?” Hati berseloroh di sebalik senyum mesra padanya.*fake* Sebak dan pilu. Air mata mencurah keluar. Allahu.

Sekelilingku semuanya islam lagi, ku fikir. Tapi sedikit sekali akhlak islam sebenar yang tampak. Hati kecil ini menjerit. Mengeluh. Apakah aku berada di Negara islam? Jika benar, tapi kenapa berlambak jiwa jiwa yang tidak melambangkan islam? Kepada siapa nak dituding jari ini? *tak nak satu jari shj, tapi kelima lima jari*

Baik. Sudah lah. Hentikan persoalan ini semua. Normal inhale and exhale. Lapangkan minda dan dada. Renung sejenak.

“Umat yang terbaik (umat islam) ialah untuk manusia yang amar maaruf(menyuruh kepada kebaikan), nahi munkar(mencegah kemunkaran) dan beriman kepada Allah.” –Ali Imran:110-

Orang sekelilingku adalah sahabatku. Jika mereka lalai bermakna sahabat mereka yang gagal memperingati mereka. Siapa lagi “sahabat” itu jika bukan aku? *Hengos dikesat* Inikah aku yang dinamakan assyabab yang perlu menjunjung syiar islam? Bagaimana dakwah ini. “Dakwah yang tulen” itu dapat ditakrifkan dengan diperhatikan pada seberat mana tribulasi dan mehnah yang dihadapi para daie tersebut dan sedekat mana mad’u(orang yang didakwah) berada dengan kita.

*Jatuh kerusi*.Gedebuk.

Pure dakwah comes from the purity of heart.

Ia bermula dari hati yang dimiliki sang daie. Hati yang suci tidak akan berpandangan buruk (suudzon) terhadap orang lain. Sebaliknya, jika kita selalu mengutuk sahabat sendiri dalam hati(senyap senyap) dan kononnya nahi munkar dengan hati, bukankah action kita akan ada effect dari hal itu? Bermakna mereka akan lihat layanan kita untuk mereka semakin lain. Maka, bermulalah episod mad’u menjauhi islam kerana sikap daie sendiri. *sob sob*

Lihatlah semua insan ialah masing masing yang sedang berusaha untuk mendapatkan kebaikan dalam hidup. Tapi mungkin hanya ada segelintir yang menjumpai lampu terang benderang sebenar manakala segelintir lagi tidak. Wahai daie, bawakan bersamamu lampu itu untuk disuluh pada mereka yang masih samar samar nampak dan juga yang sememangnya masih dalam gelap.

A leader creates the leaders, not the followers

Daie menyeru mad’u demi menggapai mardhatillah bukan semata-mata kepuasan dan nama pada mata masyarakat dan orang sekeliling.

“Dakwah itu suatu usaha. Kekadang hasilnya ramai, kekadang juga sedikit. Kesannya ada yang lambat, tapi ada juga yang terus dapat. Hasil itu bukan yang utama kita inginkan. Bagi daie, MARDHATILLAH yang utama” 


Aliya Afifah
Biro Dakwah dan Penerangan 
PRM Junior 2015

5 November 2015

S.A.B.A.R




Mudah sekali disebut tapi susah diaplikasikan. Jika mudah dibuat, pasti Allah tidak menjanjikan syurga buat hambaNya yang bersabar bukan? Firman Allah SWT :
"Hai hamba-hambaKu yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang BERSABARLAH yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (az zumar:10)

Marisama-sama bersabar atas ujian yang menimpa. Allah uji sebab Allah sayang kan? 
Fasbiru!

Mazrina Syuhairah/ Fakulti Pharmacy /UiTM Puncak Alam

MATA MATA


Allah kurniakan dua mata pada manusia. Satu mata untuk melihat kebaikan manusia lain, satu lagi mata untuk melihat keburukan diri sendiri.

Andai kita sibuk melihat buruk cela kita sendiri, pasti dunia ini bebas dari hasad dengki, perasaan iri hati dan fitnah yang menjatuhkan maruah individu. Malah dunia juga akan sarat dengan manusia yang sentiasa meningkat produktivitinya tiap hari. Manakan tidak, bayangkan, apabila kita audit dan muhasabah diri tiap masa, fokus kita akan tertumpu pada kualiti kerja kita yang kurang memberangsangkan. Fitrah manusia inginkan kesempurnaan bukan? Bila rambut kusut, kita pasti akan rapikan dengan kemas. Bila baju kedut, kita seterika hingga tampak tajam pada bucu lengan. 

Begitu juga akhlak. Bila mana kita sibuk melihat kebaikan orang lain, nescaya dunia ini aman dari perbuatan mengumpat dan memfitnah. Sebelum sempat meletakkan syak wasangka pada orang yang membuat kesalahan, usulkan seribu sangka baik pada mereka. Tak rugi bersangka baik, percayalah! 

Apabila kita bersangka baik dengan sahabat dan orang sekeliling kita, hati pun tiada rasa gundah gulana. Hidup pun akan jadi lebih optimis kerana kita melihat dari sudut pandang yang positif!
Malangnya kebanyakan manusia kini hanya nampak kebaikan diri sendiri. Malah ada yang berani mengkafirkan dan menuduh orang lain dengan tuduhan yang menjejaskan kehidupan sosial mereka. 

Namun kita lupa bahawa Allah yang Maha Melihat, telah menutup aib kita. Segala kebaikan, kesolehan, dan keindahan kita pada pandangan manusia lain adalah atas belas kasih Allah yang menjaga rapi aib kita. Jadi, adakah kita lebih hebat daripada Allah sehingga berani membuka aib sendiri dan manusia lain??

Syifa Aqilah
Biro Dakwah & Penerangan 
PRM Junior 2015

1 November 2015

Manisnya Cinta Si Anak Muda




Cinta itu fitrah dalam sanubari manusia namun ia juga boleh menjadi fitnah kepada mereka yang bercinta.Sungguh orang yang beriman itu cintanya bersangatan kepada Tuhannya.Dia tahu hakikat cinta yang dicari itu sangat dekat dan pintu bahagia itu sangat hampir.Segalanya akan menjadi indah bila mencari cinta tanpa melupakan Dia,Allah yang memberikan rasa cinta itu.

"Tika kau gelisah runsingnya fikiran,
Kau terlupa tenangnya membaca Al-Quran.

Tika kau asyik seronoknya maksiat,
Kau terlupa indah lagi jika bertaubat.

Tika kau mengeluh besarnya dosa,
Kau terlupa besar lagi pengampunan-Nya.

Tika kau bertangguh untuk kembali,
Kau terlupa sekejap nanti kau mungkin pergi bertemu Ilahi..."

Ahmad Syafiq Jusoh
Biro Dakwah & Penerangan 
PRM Junior 2015