21 April 2017

Bismillah.


HAKIKAT PENCIPTAAN MANUSIA


Firman Allah S.W.T:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثَا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ


Maka adakah kamu menyangka bahawa Kami Mencipta kamu secara main-main dan bahawa kalian tidak akan dikembalikan kepada Kami? (Al-Mukminun; 115)

Seringkali kita menyangka bahawa kehidupan di dunia ini tanpa tujuan, tanpa matlamat, tanpa kehendak dan hikmah dariNya.


Dan kita tidak sedar ataupun seringkali terlupa bahawa kita akan dikembalikan kepadaNya dan segala yang kita lakukan di dunia ini akan dipersoalkan kelak.




Hakikatnya...


manusia diciptakan untuk,


beribadah kepadaNya,
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepadaku” (Adz-Dzaariyaat ayat 56)



menjadi khalifah,

وَ إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّيْ جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيْفَةً
Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada Malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah. (Al-Baqarah; 30)




amar makruf nahi munkar. mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran,

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kalian adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah”. (Ali Imran; 110)


Adakah kita sudah bersedia untuk dikembalikan kepadaNya ?



#samasamaMuhasabah
#mogaAllahRedha



No comments:

Post a Comment