17 April 2018

ISLAM NIKMAT YANG TERBESAR



Assalamualaikum w.b.t 

Kaifa halukum?
Apa khabar jasad?
Apa khabar iman?
Moga jasad dan iman kita sihat sejahtera di bwah naungan kasihNya.

Hari ni, mari kita sentuh berkenaan nikmat Islam....... :)

ISLAM NIKMAT YANG TERBESAR

‘Marilah kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala nikmat yang diperoleh daripadaNya dan jutaan syukur kerana apa ? Kerana Allah masih mengurniakan kepada kita dua nikmat yang terbesar yakni nikmat Iman dan Islam. Tahmid! Alhamdulillah!’

Seringkali dalam majlis Ilmu kita mendengar ustaz memulakan bicara dengan menyatakan kesyukuran di atas nikmat Iman dan Islam..

Namun....

Adakah kita benar-benar merasakan nikmat Iman dan Islam ?

Apakah kepentingan Iman dan Islam pada diri seorang muslim ?

Firman Allah s.w.t,

‘ Pada hari ini, telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmatKu bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu..’
(Surah Al-Ma’idah : Ayat 3)
Mari kita sama-sama renung dan berfikir…

Apakah sebenarnya erti kata muslim ?

Apakah seseorang sudah membawa Islam pada waktu dilahirkan ?

Apakah seseorang disebut muslim kerana ibu bapanya muslim ? 

Tidak.. seseorang tidak boleh disebut muslim hanya kerana tergolong dalam suatu kelompok atau kumpulan tertentu.
Tapi seseorang itu dikatakan Muslim apabila ia menerima Islam sebagai agamanya.

Apakah yang dimaksudkan menerima Islam sebagai agamanya ?

Islam bermakna kepatuhan dan kesungguhan melaksanakan kewajipan kepada Allah. Islam bermakna menyerahkan diri kepada Allah. Islam bermakna mengorbankan kebebasan dan kemerdekaan diri sendiri demi Allah. Islam bermakna menyerahkan diri di bawah kekuasaan kerajaan dan kedaulatan Allah.

Bagaimana menerima Islam sebagai agama ?

Mematuhi segala perintah Allah dan RasulNya..
Menerima bimbingan Allah yang diberikan melalui kitab AlQuran dan Hadith RasulNya..
Tanpa merasakan berat sedikit pun dari keduanya..
Seorang Muslim rela mengenepikan nafsunya, menolak adat kebiasaan masyarakat yang bercanggah dengan Islam, dunia serta nasihat dari orang lain melainkan nasihat dari Allah dan RasulNya.

Begitulah peranan dan tanggungjawab seorang muslim. Sebagai seorang muslim, kita juga merupakan hamba kepada Allah S.W.T. yang mempunyai tanggungjawab yang besar di muka bumi ini.. Kewajipan sebagai seorang hamba itu ialah mengabdikan diri kepada Yang Maha Esa, Allah S.W.T. dengan beriman dan melakukan amal soleh serta melaksankan amanah Allah S.W.T dengan memeliharan kesucian agama agar tertegaknya Islam di atas muka bumi.

Firman Allah s.w.t,

‘ Sesungguhnya Kami telah menawarkan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang; tetapi semunya enggan untuk memikul amanah tersebut dan mereka khuatir tidak dapat melaksanakannya (berat), lalu manusia pun memikul amanah itu. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh’
(Surah Al-Ahzab : Ayat 72)





Seseorang muslim juga hendaklah melaksanakan amar makruf dan nahi munkar serta memelihara diri dan ahli keluarga daripada azab neraka.

Firman Allah s.w.t,

‘ Dan hendaklah ada antara kamu satu puk yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya”
(Surah Al-Imran : Ayat 104)

Maka, bersyukurlah kerana Allah mengangkat darjat kita sebagai seorang muslim.
Seorang Muslim akan memperoleh keselamatan daripada Allah tetapi seorang kafir tidak..
Seorang Muslim akan masuk ke syurga manakala seorang kafir akan masuk ke Neraka...
Kenapa adanya perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir..

Renung- renungkanlah dan selamat berfikir…
Jangan pernah sesekali jemu dalam menuntut ilmu.. 
Kita akan bertemu lagi di minggu hadapan….insyaaAllah.


No comments:

Post a Comment