24 April 2018

Meneladani Saidina Umar Mengurus kewangan Negara.


Assalamualaikum w.b.t. 

Kali ini, Mari Bersama Kita Meneladani Saidina Umar Mengurus kewangan Negara.

Zaman saidina Umar merupakan zaman peluasan kuasa  wilayah islam. Ketika ini tentera islam berjaya menumbangkan tentera besar dunia iaitu Rom dan Parsi. Islam berada dalam kelompok masyarakat yang berbilang bangsa dan agama. Dengan perluasan kuasa ini menyebabkan negara yang ditadbir memerlukan system pentadbiran yang cekap dan sudah semestinya memerlukan pengurusan kewangan yang sistematik dan berintergriti.

Islam agama yang sempurna merangkumi segala aspek kehidupan. Islam memimpin manusia sejagat secara ilmu dan amalan, bukan semata-mata teori dan khayalan yang tidak dapat dicapai. Dalam menguruskan kewangan, islam telah memandu dengan beberapa system pengurusan yang menepati syarak islam.

Baitulmal

Baitulmal merupakan tempat simpanan harta yang diurus oleh kerajaan islam. Saidina Umar meneruskan apa yang telah dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar r.a namun di zaman saidina umar mempunyai sedikit kelainan oleh kerana wilayah islam telah berkembang luas. Penambahan yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan system catatan kewangan yang lebih sistematik. System ini telah diambil daripada kerajaan Rom dan Parsi. Oleh itu dilantik seorang pegawai bagi merekod sumber daripada zakat,jizyah,kharaj,usyur dan lain-lain.

Al Wasatiyyah

Wasatiyyah merujuk kepada Nas Al Quran dan Hadith merupakan pelaksanaan kebaikan sebaik mungkin dengan betul dan istiqamah serta meninggalkan segala kemungkaran dan mencegahnya dengan hikmah. Ia bukanlah bermaksud pertengahan Antara haq dan batil, baik dan buruk jauh sekali adil dan zalim. Maka tafsiran  wastiyyah hendaklah mengikut hakikat kerasulan dan ajaran Islam keseluruhan. Megikut petunjuk Al Quran supaya menjadi umat yang adil, menjadi contoh kepada manusia sejagat.

Wasatiyyah Dalam Sistem Ekonomi.

Kegiatan ekonomi merupakan aspek penting dalam kehidupan manusia dalam mengurus agama dan cara hidup di dunia. Urusan kewangan Antara yang menyentuh secara keseluruhan tanpa mengira agama dan bangsa. Maka islam datang dengan sifat wasatiyyah ( saksama dan betul ) memperbetulkan keadaan dengan memenuhi keperluan fitrah manusia. Saidina umar telah menukar system daripada system feudal kepada system islam secara keseluruhannya yang termaktub dalam Al Quran dan Hadis. Ia memenuhi keperluan manusia sejagat dimana tiada penindasan kepada sesetengah golongan tidak seperti system jahiliyyah dahulu.

Sumber kewangan

Al Quran dan Hadis menjadi rujukan kepada semua permasalahan termasuklah perkara yang melibatkan ekonomi. Apa yang terkandung dalam dua sumber utama ini adalah sedekah,zakat,ghanimah ( harta rampasan perang ), faie ( harta musuh yang menyerah kalah ), jizyah ( cukai orang kafir ), harta wakaf dan harta pusaka yang tidak dituntut. Perkara ini telah dilakukan oleh saidina Abu Bakar dan diteruskan oleh saidina Umar. Oleh kerana berlaku banyak perubahan ketika zaman saidina Umar maka diperkenalkan system baru  iaitu Kharaj dan Usyur. Kharaj merupakan hasil daripada usaha tanah yang dimiliki oleh rakyat bukan islam khususnya daripada hasil pertanian manakala usur adalah cukai yang dikenakan kepada para peniaga bukan islam yang keluar masuk ke dalam negara islam. Kedua-dua system ini merupakan ijtihad Saidina Umar dalam mengurus perkembangan ekonomi semasa.

Demikianlah merupakan ringkasan system kewangan yang dikendalikan oleh saidina umar yang sifatnya tegas dalam tindakan mengikut acuan Al quran dan Hadis. Hari ini banyak kerosakan yang dilakukan oleh manusia dengan meninggalkan system islam kerana kerakusan mengejar keuntungan dunia. Oleh itu penting untung kita bersama memperbetulkan perkara ini agar negara kembali melaksanakan system islam dalam melayari fitrah kehidupan sebagai manusia.

Muhammad Farizuan Saroji
24/4/2018

Sumber rujukan : Fiqh siyasah Khulafa Ar-Rasyidin




No comments:

Post a Comment