Assalamualaikum
w.b.t
Apa khabar
semua?
Moga kalian
terus dilimpahi kasih sayang dan rahmatNya.
Baik, topik
kali ini kita akan membicarakan mengenai kepentingan ilmu pengetahuan…
Mari renung
seketika..
Mengapa
ilmu itu penting?
Dan kenapa
kita sering kali dituntut untuk belajar?
Kenapa?
Kenapa? Dan kenapa?
Rasulullah s.a.w ada bersabda,
Maksudnya; “Menuntut ilmu itu
adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam lelaki dan perempuan.” Berdasarkan
hadis tersebut, jelas bahawa menuntut ilmu itu adalah suatu perkara yang
penting dan menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam.”
Hadis
Rasulullah ini jelas menunjukkan bahawa ilmu merupakan suatu perkara yang
penting dalam kehidupan manusia. Agama Islam malah mengingatkan tentang hakikat
ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. Penekanan
terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam
adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.
Antara
kepentingan ilmu pengetahuan ialah;
1. Kedudukan serta martabat orang yang berilmu diangkat dan
diletakkan ditempat yang lebih tinggi. Dengan erti
kata lain, ilmu dapat mengangkat darjat seseorang kepada darjat yang tinggi di
sisi Allah dan masyarakat.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah, ayat 11 ;
يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت. والله بما تعملون
خبير
Maksudnya;
"Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan"
2. Ilmu dapat meninggikan dan membezakan taraf di kalangan
manusia.
Firman Allah dalam surah al-Zumar, ayat 9 ;
قل هل يستوي الذين يعلمون والذين لا يعلمون. انما يتذكر أولولوا الألبب
Maksudnya; “Katakanlah adakah
sama orang-orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Sesungguhnya mereka
yang mendapat peringatan dan petunjuk hanyalah di kalangan hambanya yang
berilmu dan bijaksana"
3. Ilmu dapat membentuk keperibadian yang baik dan menjadikan
seseorang itu bertaqwa dan cintakan Allah s.w.t dan RasulNya.
Firman Allah dalam surah al-Fathir, ayat 28 ;
انما يخشى الله من عباده العلمؤا
Maksudnya ; “Sesungguhnya yang
takutkan Allah daripada hambanya ialah orang-orang yang berilmu”
4. Ilmu pengetahuan akan membawa manusia ke arah kebahagian hidup di
dunia dan di akhirat, memberikan kekuatan ketika dalam kesusahan dan ketika
berhadapan dengan musuh.
5. Dengan ilmu manusia dapat menjalankan ibadah dengan sempurna,
samada ibadah umum atau ibadah khusus dan dapat melaksanakan peranan sebagai
khalifah Allah di muka bumi dengan sebaiknya.
6. Ilmu agama atau ilmu yang terdapat dalam al-Quran dan Al-sunnah
akan menjadi benteng yang dapat mencegah seseorang itu dari melakukan
perkara-perkara yang dilarang oleh syariat, dapat menolak kejahilan dan
kebodohan sama ada dalam perkara agama atau dalam mengejar kebendaan duniawi.
7. Pelbagai jenis ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, ilmu
kedoktoran, ilmu pertanian dan sebagainya dapat membantu kemaslahatan hidup
manusia di dunia.
8. Ilmu adalah salah satu langkah bagi menjana pembangunan negara
kerana melalui ilmu sahajalah yang dapat membezakan antara yang hak dan yang
batil.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment